Bismillah
Aku memang patut selalu muhasabah diri. Sedarkan diri. Keluarkan diri dari angan-anganan kosong yang melalaikan.
Masalahnya pikiran aku....susah sangat nak dineutralkan. Aku memang bersalah dalam banyak hal. Lemah dan tak berdaya. Ya Allah berilah kekuatan, petunjuk dan hidayah. Ampuni dosa-dosaku.Kurangnya aku bersyukur Ya Allah.
Masalah akarnya adalah aku sendiri. Ada satu masalah dalam diri aku, iaitu mudah sangat jatuh hati. Memang dari dulu aku ada masalah ni. Masa sekolah aku jatuh hati dengan cikgu. Cikgu Jamaliah, Ustazah Aliza antaranya...Jatuh hati bermaksud aku selalu teringatkan diorang. Bukannya bercinta, sebab benda ni one way...aku je yang rasa camtu...
Masa tingkatan 5, jatuh hati jugak...dengan budak kelas lain..nama lupa...simptom sama jugak...teringatkan selalu...juga one way problem...
Lalu semuanya aku biarkan berlalu....aku sedar diri ni tak hensem...jongang sikit...kurus..pendek kata takdelah ciri-ciri lelaki pilihan...aku pasrah dan redho....dan sepanjang persekolahan tak pernah lagi ada budak yang suka tahap syok kat aku...ada lah masa darjah 6...nazatul dan ani...2 orang budak ni ada macam suka kat aku lah konon-kononya...sebab aku ni anak ustazah..tu je..bukannya apa...tapi aku tak terasa pulak nak suka kat diorang...sebab tak berapa cun agaknya.....
Sambung lagi nanti....
Friday, June 15, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)